Wednesday, March 2, 2011

Fish Spa yang mengundang bencana

Saya dan asben mmg suka menjalani rawatan kaki Fish Spa.tp baru2 nih ada dapat info seperti di bawah..

pic from pakcik google
Fish Spa Yang Mengundang Bencana


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis. 

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.-

Itu adalah petikan email yang saya dapat.sejak tuh mmg saya n asben tak g dah fish spa nih.btol atau x..wallahuahlam..tp sebagai langkah berjaga-jaga,saya try elakkan.


till then...daaa..